KUALA LUMPUR: Polis menahan sejumlah 22,911 individu sepanjang 2023 kerana disyaki terlibat dalam pelbagai jenayah komersial membabitkan kerugian dianggarkan RM2.11 bilion.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata dalam tempoh sama, sebanyak 40,350 kertas siasatan dibuka berkaitan kes itu.
Bercakap pada sidang media khas JSJK hari ini, beliau berkata berdasarkan statistik, jenayah penipuan adalah tertinggi iaitu 36,030 kes dengan nilai kerugian RM1.679 bilion diikuti pecah amanah 1,215 kes yang membabitkan kerugian sebanyak RM380 juta.
Ramli berkata kes di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang ialah 994 kes melibatkan kerugian sebanyak RM5.4 juta, wang palsu 970 kes (jumlah kerugian RM385 juta), jenayah siber 867 kes (RM35.63 juta), pemalsuan 138 kes (RM6.87 juta), salah guna harta dengan curang 47 kes (RM2.54 juta) dan kes-kes lain 89 (RM803 juta).
"JSJK turut memberikan fokus kepada aktiviti pencegahan yang bermatlamat untuk memberikan informasi kepada masyarakat berkaitan ancaman jenayah komersial serta modus operandi terkini yang digunakan agar ia dapat digunakan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kepada sindiket penipuan," katanya.
Beliau berkata sepanjang tahun lepas, JSJK telah melaksanakan sejumlah 7,228 aktiviti pencegahan yang merangkumi pelbagai aktiviti seperti kempen, pameran, ceramah dan kolaborasi media.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2024
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata dalam tempoh sama, sebanyak 40,350 kertas siasatan dibuka berkaitan kes itu. - Gambar fail/BERNAMA
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Kes jenayah komersial Johor meningkat, kerugian cecah RM3.9 juta
Sebanyak 155 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM3.9 juta direkodkan di Johor sejak 1 Mac hingga semalam.
Kes jenayah komersial di Johor meningkat, kerugian cecah RM33.88 juta
Sebanyak 719 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM33.88 juta direkodkan di Johor sejak Januari hingga Sabtu lepas.
RM42 juta lesap angkara 'scammer'
Sebanyak 2,216 kes penipuan dalam talian direkodkan di Negeri Sembilan dengan jumlah kerugian RM42 juta tahun lalu.
Kerugian kes jenayah komersial catat peningkatan 207.6 peratus
Ramli berkata, nilai kerugian dicatatkan turut meningkat 207.6 peratus dalam tempoh berkenaan.
Terengganu catat 98 kes jenayah komersial dalam seminggu
Mazli berkata ia berkurang sebanyak 38 kes berbanding 136 laporan yang diterima pada minggu sebelumnya.
Lebih 20,000 individu ditahan terlibat pelbagai jenayah komersial - Bukit Aman
Polis menahan sejumlah 22,911 individu sepanjang 2023 kerana disyaki terlibat dalam pelbagai jenayah komersial membabitkan kerugian dianggarkan RM2.11 bilion.
Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam
Seorang pelajar IPTA di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram.
Lebih 15,000 ditahan atas pelbagai jenayah komersial tahun ini - Ayob Khan
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan 15,786 individu di atas pelbagai kesalahan jenayah komersial bagi tempoh Januari-Ogos tahun ini.
Kes jenayah komersial di Pulau Pinang meningkat 82.7 peratus, jumlah kerugian RM53 juta
Khaw Kok Chin berkata sebanyak 759 kes direkodkan bagi tempoh sama tahun lepas membabitkan jumlah kerugian RM28 juta.